A- A A+
     
 
 


Waktu Operasi

Pentadbiran :
Ahad - Rabu
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 5.00 ptg

Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 3.30 ptg

Seksyen Kewangan (kaunter) :
Ahad hingga Khamis
8.00 pagi - 12.30 tgh
2.00 ptg - 3.30 ptg

Perumahan (Kaunter ):
Ahad hingga Khamis
8.00 pagi - 3.30 ptg



Kajian Impak Penggunaan ICT



Kajian Kepuasan Pelanggan Online



Hari Kelepasan AM Negeri Kedah 2015





 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Hubungi
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
  Tender/Sebut Harga
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Anda suka dengan penampilan baru portal ini?




  Keputusan
 
 
Home  Unit Perancang Ekonomi Negeri  Projek  Pertanian, IAT & Perladangan Komoditi
Pembangunan Projek Pertanian  
 

 PEMBANGUNAN PROJEK PERTANIAN

TANAMAN TUMPUAN

Tiga jenis tanaman telah dipilih sebagai tanaman utama atas sifatnya yang mempunyai pasaran yang luas dan mepunyai nilai komersil. Tanaman tersebut ialah padi, jagung dan nanas manakala tanaman lain akan dilaksanakan melalui program yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian serta lain-lain agensi.

TANAMAN PADI

Kawasan tanaman padi sedia ada sekarang ini meliputi kawasan MADA seluas lebih kurang 210,972 hektar (2007) manakala kawasan tanaman padi yang berada di luar kawasan MADA adalah lebih kurang 27,848 hektar (2007).

Melalui penanaman secara estet padi di kawasan MADA sekarang ini mampu menerapkan Amalan Pertanian Baik ke arah meningkatkan hasil pengeluaran padi secara purata kepada 7.5 tan per hektar menjelang tahun 2010. Namun begitu matlamat pencapaian pengeluaran kepada 10 tan per hektar dijangka dapat dihasilkan menjelang 2015. Adalah menjadi harapan kerajaan negeri untuk memodenkan indsutri penanaman padi dengan penggunaan teknologi moden ke arah meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengurusan secara ladang di kalangan para petani agar tanaman ini menjadi indsutri yang lebih mapan.

Padi di kawasan luar MADA meliputi kawasan seluas 27,848 hektar di mana 12,325 hektar merupakan kawasan skim pengairan manakala 13,837 hektar di luar skim pengairan. Skim pengairan bererti kawasan tersebut dilengkapi kemudahan infrastruktur dua musim. Kawasan luar skim pula bererti kawasan yang tidak menerima kemudahan infrastruktur dan mengharapkan air hujan untuk menanam padi. Jika hujan mencukupi, kawasan ini juga diusahakan dua musim dengan mengambil risiko padi tidak lepas untuk musim kedua.


Kawasan skim pengairan yang sesuai akan dipulihkan melalui kerja-kerja membaiki infra, penyelenggaraan dan pemberian input pertanian. Semua aktiviti tersebut akan dilaksanakan melalui peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara (DJBM). Dasar tersebut merupakan program Kerajaan persekutuan bermula pada tahun 2008 sehingga 2010. Matlamat program ini untuk meningkatkan pengeluaran padi sebanyak 7% setahun dari kawasan yang diberi peruntukan.

Bagi menjayakan program tersebut, perkhidmatan pengembangan di kawasan berkenaan perlu ditingkatkan. Petunjuk-petunjuk kejayaan (KPI) yang akan diukur termasuklah pengurangan kos, peningkatan hasil, kualiti, keberkesanan operasi, pembangunan dan penemuan teknologi.

 
TANAMAN JAGUNG

Tanaman kedua yang akan diberi tumpuan ialah tanaman jagung. Pada masa ini tanaman jagung segar seluas 600 hektar ditanam di Negeri Kedah setiap tahun dan berjaya menghasilkan RM 6 juta setahun. Batang jagung ditukarkan menjadi silaj untuk makanan lembu. Dengan harga RM 28 per tong seberat 100 kg., batang jagung yang asalnya bahan terbuang telah memberi pendapatan RM 2.4 juta setahun.

Kawasan seluas 10,000 ekar (4,050 hektar) akan dimajukan dengan tanaman jagung. Jagung akan ditanam di bahagian utara Negeri Kedah iaitu di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang dan Yan. Tiga jenis tanaman jagung dikenalpasti dapat diusahakan secara komersil iaitu jagung untuk makanan haiwan (jagung metro), jagung manis untuk makanan segar dan jagung khusus untuk diproses sebagai jagung cawan.



Jagung makanan haiwan adalah merupakan perusahaan baru. Secara bersendirian pengeluarannya mungkin tidak mampu tetapi keperluannya untuk industri untuk industri ternakan menjadikan pengeluaran bahan ini sebagai satu keperluan.

Seluas 4,500 ekar telah disasarkan untuk tanaman jagung jenis ini. Selain pasaran tempatan jagung ini akan juga dipasarkan melalui pembentukan ”Agribusiness Free Trade Zone” yang akandiwujudkan di Pulau Pinang. ”Agribusiness Free Trade Zone” akan membangunkan indsutri pemprosesan makanan dan buahan tropika segar untuk pasaran eksport. Di antara jenis buahan yang diperlukan ialah jagung, nanas, pisang, betik dan buah nangka.

”Jagung Cawan” pula ditanam untuk menghasilkan bijiran jagung, dikukus dan dijual dalam cawan seperti keluaran Nelson. Perusahaan ini memberi potensi yang luas untuk golongan miskin memperolehi pendapatan segera.

TANAMAN NANAS

Nanas yang telah dicuba penanamannya di Daerah Kota Setar dan Kuala Muda telah menunjukkan prestasi yang baik. Di bawah halatuju ini seluas 10,000 ekar (4,050 hektar) akan dimajukan dengan tanaman nanas. Pada masa ini seluas 60 hektar telah pun dibangunkan dengan tanaman nanas di Daerah Kuala Muda.

Nanas dicadang ditanam di bahagian selatan Negeri Kedah iaitu di Daerah Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling, Sik dan Kulim. Jenis nanas yang diusahakan dibahagikan mengikut keperluan pasaran. Dijangka 50 hektar akan mencukupi untuk pasaran segar tempatan, 2,000 hektar untuk pasaran segar eksport, manakala 2,000 hektar lagi untuk nanas tin. Keluasan fizikal nanas 4,050 hektar telah disasarkan menjelang tahun 2015.


Untuk pasaran segar tempatan, pasaran akan dibuat melaui rangkaian pemasaran sedia ada iaitu oleh peraih dan pemborong  tempatan. Nanas untuk pasaran eksport segar pula akan dipasarkan melalui kemudahan pemprosesan buah segar yang akan didirikan di ”Agribusiness Free Trade Zone” (AFTZ) di Pulau Pinang. AFTZ adalah inisiatif Malaysia AgriFruit Corporation (MAFC), iaitu anak syarikat milik Khazanah Holding. Nanas tin pula akan dimajukan oleh usahawan tempatan dengan mendirikan kilang-kilang mengetin berkapasiti sederhana di Negeri Kedah. Kilang-kilang ini akan dibiayai oleh NCIA atau GLC Negeri Kedah.


 


 

 

 
 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 26-11-2014
Jumlah Hit : 1349194   (sejak Nov 2009)
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman 05503 Alor Setar, Kedah.
TEL: 04-7744000| FAX: 04-7744166| Emel: portal@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
WCAG 2.0 (Level AA)