A- A A+
     
 
 


Waktu Operasi

Pentadbiran :
Ahad - Rabu
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 5.00 ptg

Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 3.30 ptg

Seksyen Kewangan (kaunter) :
Ahad hingga Khamis
8.00 pagi - 12.30 tgh
2.00 ptg - 3.30 ptg

Perumahan (Kaunter ):
Ahad hingga Khamis
8.00 pagi - 3.30 ptg



Kajian Impak Penggunaan ICT



Kajian Kepuasan Pelanggan Online



Hari Kelepasan AM Negeri Kedah 2014





 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Hubungi
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
  Tender/Sebut Harga
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Anda suka dengan penampilan baru portal ini?




  Keputusan
 
 
Home  Unit Perancang Ekonomi Negeri  Projek  Pertanian, IAT & Perladangan Komoditi
Pembangunan Projek Zon Industri Akuakultur  
 

 PEMBANGUNAN PROJEK ZON INDUSTRI AKUAKULTUR

 PENDAHULUAN

Sektor perikanan memainkan peranan yang amat penting dalam membekalkan sumber protein yang murah dan berterusan kepada penduduk di negara ini. Majoriti hasil pengeluaran ikan negara telah disumbangkan oleh perikanan tangkapan marin yang terbahagi kepada perikanan laut pantai dan perikanan laut dalam.


PERIKANAN TANGKAPAN LAUT DALAM


Perikanan tangkapan laut dalam mempunyai nilai produktiviti yang amat rendah. Aktiviti perikanan ini kebanyakannya hanya tertumpu kepada negeri-negeri di kawasan Pantai Timur, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri ini mempunyai kawasan perairan yang amat luas. Sektor perikanan tangkapan laut dalam ini juga mengalami masalah pencerobohan dari nelayan-nelayan dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Bot-bot dari negara jiran yang disewa oleh para pengusaha perikanan tempatan kadang kala telah mendaratkan hasil tangkapan mereka kepada pihak ketiga sebelum mendaratkan ikan di pangkalan-pangkalan di Malaysia. Ini menyebabkan hasil pendaratan ikan di Malaysia mengalami kemerosotan. Industri perikanan tangkapan laut dalam juga berdepan dengan masalah tenaga kerja yang kebanyakannya didominasi oleh para nelayan asing. Fenomena ini menggalakkan kemasukan ramai pekerja warga asing yang boleh mengakibatkan berlakunya gejala sosial yang teruk.


PERIKANAN TANGKAPAN LAUT PANTAI


1.    Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan satu program yang diberi nama ”Exit Plan” dan ”Matching Grant”. Program ini bertujuan mengurangkan bot-bot tangkapan di kawasan Zon B (5-12 batu nautika dari pantai). Ini bagi memberi peluang kepada hidupan laut agar dapat membiak dengan banyak di kawasan terbabit. Dalam program ini, nelayan yang beroperasi di kawasan Zon B akan menyerahkan bot-bot tangkapan mereka kepada Jabatan Perikanan dan pemilik akan dibayar pampasan. Bot ini kemudiannya akan ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan. Di bawah program Tukun Dasar lembut, pihak Jabatan telah melabuhkan Tukun Dasar Lembut di Kuala Teriang, Pulau Langkawi. Tujuan utama program ini adalah untuk memelihara dan memulihara sumber perikanan yang kini berkurangan.

2.    Kemudahan infrastruktur pendaratan dan pemasaran juga hendaklah ditingkatkan dan disediakan untuk kemudahan para nelayan. Contohnya dengan menyediakan sebuah pasaraya ”One Stop Center” bagi penjualan produk-produk perikanan seperti ikan-ikan segar yang ditawarkan pada harga borong, ikan pekasam, keropok lekor sehinggalah ke peringkat produk yang mempunyai nilai tambah seperti ikan keli yang ditinkan dan sebagainya. Ini akan menarik minat orang ramai berkunjung ke tempat tersebut kerana segalanya lengkap dan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding pasaraya besar yang lain.

3.    Bagi mencegah aktiviti penangkapan ikan yang boleh merosotkan dan memusnahkan sumber, seperti pukat tundaharam dan sebagainya, penguatkuasaan undang-undang seperti yang telah termaktub di dalam Skta Perikanan 1985 haruslah dilaksanakan dengan tegas dan berhemah. Pencerobohan bot-bot dari Zon C ke kawasan pantai juga haruslah dikawal dengan tegas. Ini bagi memastikan pendapatan golongan nelayan tradisi tidak terjejas kerana pencerobohan boleh menyebabkan kemusnahan sumber yang amat besar dan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih. Program-program kesedaran kepada nelayan haruslah lebih kerap diadakan supaya golongan ini akan mempunyai lebih rasa tanggungjawab dalam menjaga sumber perikanan di kawasan masing-masing.


4. 
   Program Pengembagan Perikanan


    Pejabat Perikanan Negeri Kedah menyediakan kursus-kursu untuk golongan nelayan dan keluarga mereka. Kursus ini bertujuan menambahkan lagi kemahiran mereka di dalam bidang-bidang berkaitan perikanan. Antara kursus yang ditawarkan ialah latihan Enjin Sangkut, Latihan Bot gentian Kaca Sangkut, Kursus Pelayaran dan Peralatan Elektronik, Latihan pengurusan Kewangan dan lain-lain lagi.

    Pejabat Perikanan Negeri Kedah juga telah melantik beberapa orang pengusaha perikanan sebagai peserta di dalam Program Anak Angkat Jabatan bagi mengusahakan pelbagai projek seperti perusahaan keropok, ikan kering, belacan dan pemprosesan pekasam. Pihak Jabatan akan memberikan nasihat beserta bantuan alat-alat yang diperlukan dalam membantu golongan ini berjaya di dalam perniagaan yang mereka ceburi. Pada tahun 2007, seramai 22 orang peserta telah mengikuti program ini. Bilangan peserta akan bertambah dari tahun ke tahun.

    Program Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) telah ditubuhkan untuk menjalan pelbagai aktiviti ekonomi di kalangan nelayan dan keluarga mereka. Pada tahun 2007, sebanyak 5 Program KPSP telah ditubuhkan yang melibatkan seramai 233 orang peserta. Antara kawasan yang terlibat ialah Kuala Jerlun, Kuala Muda Selatan dan Langkawi. KPSP menjalankan pelbagai aktiviti seperti jualan ais, jualan ikan segar, bengkel enjin, pemprosesan produk perikanan, bengkel bot gentian kaca dan sebagainya.

Di dalam pelan halatuju ini, program pengembangan perikanan haruslah diberi perhatian dan dipertingkatkan lagi bagi membantu lebih ramai nelayan keluar dari paras kemiskinan.


Akuakultur


1. Industri Akuakultur telah diberi satu kawasan yang diberi nama Zon Industri Akuakultur (ZIA). Di Negeri Kedah, 10 kawasan yang telah dikhaskan kepada Industri Akuakultur merangkumi kawasan seluas 247 hektar terdiri daripada kawasan empangan, kawasan daratan dan perairan. Kawasan ZIA di Kedah adalah seperti berikut:-
    Empangan
i)    Empangan Pedu, Padang Terap      -    65 hektar
ii)    Empangan Muda, Padang Terap     -    15 hektar
iii)    Empangan Ahning, Padang Terap   -    12 hektar

    Daratan
i)    Selat Bagan Nyior, Pulau Daya Bunting, Langkawi    - 48 hektar
ii)    Air Hangat, Langkawi                                        - 60 hektar

   Perairan
i)    Pulau Langgun         -    10 hektar
ii)   Pulau Tiloi               -    10 hektar
iii)   Pulau Singa Kecil      -    10 hektar
iv)  Pulau Singa Besar     -    10 hektar
v)   Pulau Timun            -    10 hektar

    Kawasan ZIA telah dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan dengan projek akuakultur berskala komersil sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan pengeluaran ikan, udang dan kerang-kerangan yang ditetapkan di bawah Dasar pertanian Negara ke Tiga (DPN3).

2.    Negeri Kedah juga berpotensi untuk menjadi antara negeri yang menjadi pengeksport ikan hiasan ke luar negara. Projek Berimpak Besar (HIP Project) di Kampung Bendang Man dan Kampung Kerawai di Daerah Sik, Sungai Tengas di Daerah Bandar Baharu dan Kampung Luar di Daerah Baling adalah projek perintis yang akan menjadi ”pilot project” bagi merealisasikan Negeri Kedah sebagai negeri utama pengeksport ikan hiasan.

3.    Di dalam Program Dasar Jaminan Makanan Nasional, Kerajaan persekutuan telah memberikan peruntukan yang besar untuk memulihkan kembali kolam-kolam ternakan yang tidak berjaya dan telah ditinggalkan. Dengan adanya peruntukan ini, para penternak akan dapat peluang untuk kembali mengusahakan kolam-kolam mereka.

4.    Pelan ini juga haruslah menumpukan kepada peningkatan pengeluaran benih, meningkatkan kualiti benih dan meningkatkan pengeluaran ikan air tawar kerana ia menjanjikan pendapatan yang lumayan. Ini boleh dilakukan dengan memperbanyakkan pusat-pusat pembenihan ikan dan udang samada milik GLC (Goverment Link Company), swasta atau milik perseorangan. Latihan yang cukup perlu diberi kepada para pegawai yang akan melakukan pembenihan dan seterusnya mengajar para pengusaha lain melakukan pembenihan. Ini kerana merekalah yang akan berkomunikasi dengan kumpulan sasaran.

5.    Pemilihan jenis ternakan juga memainkan peranan yang penting di dalam kejayaan pelan halatuju ini. Di negeri ini, ternakan yang sudah terbukti mempunyai nilai pasaran dan permintaan yang tinggi adalah Udang Galah Laut, Aruan Tasik, Bawal Emas, kerapu, Patin dan Tilapia. Pengeluaran jenis-jenis ternakan ini masih lagi kecil jika dibandingkan dengan kadar permintaan yang diperlukan.

6.    Para penternak yang kecil haruslah dibantu dengan memberi mereka bantuan peruntukan, bantuan benih, peralatan infrastruktur dan sebagainya. Perlunya juga mereka ini dikaitkan dengan syarikat besar dan GLC yang akan menguruskan bahagian pemasaran. Apa yang perlu dilakukan oleh para penternak-penternak kecil hanya menuai ternakan mereka tanpa perlu lagi memikirkan masalah di mana mereka perlu menjual hasil ternakan ikan mereka. Bagi tujuan komersil pula, industri ini perlu dilibatkan dengan syarikat swasta yang berminat dan mempunyai modal yang besar kerana industri seperti ternakan ikan marin dalam sangkar laut terbuka memerlukan modal yang amat besar. Tanpa penglibatan syarikat swasta, perkara ini amat mustahil untuk dilakukan dengan berjaya.

Fokus utama yang harus ditumpukan adalah kepada Industri Akuakultur. Ini adalah kerana indsutri perikanan marin telah mencapai tahap yang optimum untuk ditingkatkan. Negeri Kedah juga mempunyai tanah yang begitu luas dan kaya dengan sumber air. Wujudnya ZIA juga adalah salah satu faktor yang menyokong kenapa indsutri ini perlu diberi perhatian yang lebih. Jenis ternakan yang perlu ditumpukan di dalam industri ini ialah ternakan Ikan Dalam Sangkar, Udang laut, Udang Galah, Gamat, Ikan Keli dan ternakan-ternakan ini menjamin pulangan yang tinggi. Penekanan juga akan diberi menurus ke arah menjadikan Negeri Kedah sebagai pusat bekalan benih udang dan benih ikan air masin bagi seluruh Malaysia.

 
UPDATE LATEST
 
 

BIL

NAMA PROJEK

SKOP PROJEK

KEMAJUAN

1

PEMBANGUNAN AKUAKULTUR DI LANGKAWI

( ZIA)

PROJEK SANGKAR LAUT TERBUKA LANGKAWI

OBJEKTIF

-Untuk meningkatkan pengeluaran ikan dan imbangan dagangan negara.

-Uutuk memperkenalkanteknologi baru untuk masa hadapan kepada pengusaha ikan dalam sangkar.

-Untuk melaksanakan projek inkubator sebagai progaram bersama sektor swasta.

-Untuk mempromosikan pelaburan swasta dalam projek ternakan ikan dalam sangkar.

PROJEK SANGKAR LAUT TERBUKA LANGKAWI

1. Mula Operasi : 27 HB Februari 2000

2. Nama Projek : Projek Inkubator, Jabatan Perikanan Malaysia

 

Hingga 2009

 
 

BIL

NAMA PROJEK

SKOP PROJEK

KEMAJUAN

1

JABATAN PERIKANAN

PROJEK TERNAKAN UDANG GALAH DAN IKAN HIASAN

1) Lokasi projek di Kg Luar,Baling (Luar MADA) / HIP.

Tarikh Mula Projek :Tahun 2006

Keluasan : 20 Unit

Peserta :32 Orang.

2) Lokasi projek di Kg. Kerawai, Sik (Luar MADA)/ HIP.

Tarikh Mula Projek :Tahun 2006

Keluasan : 20 Unit

Peserta :30 Orang.

3) Lokasi projek di Kg. Bendang Man,Sik (IAT Sik) / HIP.

Tarikh Mula Projek :Tahun 2005

Keluasan : 4.19 Unit

Peserta :14 Orang.

4) Lokasi projek di Kg. Tengas,Bandar Baharu,Kedah / HIP.

Tarikh Mula Projek :Tahun 2006

Keluasan :9.75 Unit

Peserta. : Tiada

5) Lokasi projek di Kg Bonggol,mk Jeneri Sik.

Tarikh Mula Projek :Tahun Januari 2004

Keluasan :16 Unit

Peserta :13 Orang


 

 
 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 28-08-2014
Jumlah Hit : 907408   (sejak Nov 2009)
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman 05503 Alor Setar, Kedah.
TEL: 04-7744000| FAX: 04-7744166| Emel: portal@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
WCAG 2.0 (Level AA)