A- A A+
     
 
 


Waktu Operasi

Pentadbiran :
Ahad - Rabu
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 5.00 ptg

Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 ptg - 3.30 ptg

Seksyen Kewangan (kaunter) :
Ahad hingga Khamis
8.00 pagi - 12.30 tgh
2.00 ptg - 3.30 ptg

Perumahan (Kaunter ):
Ahad hingga Khamis
8.00 pagi - 3.30 ptg



Kajian Impak Penggunaan ICT



Kajian Kepuasan Pelanggan Online



Hari Kelepasan AM Negeri Kedah 2014





 
  web designing hyderabad Menu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Hubungi
  web development hyderabad
  web development hyderabad
 
  Pautan
Portal KedahPortal MyGovernment
http://www.halal.gov.my http://www.epbt.gov.my 
rss
 
  Tender/Sebut Harga
 
 
  Bantuan
 
  Undian
Anda suka dengan penampilan baru portal ini?




  Keputusan
 
 
Home  Unit Perancang Ekonomi Negeri  Projek  Pertanian, IAT & Perladangan Komoditi
Pembangunan Projek Ternakan  
 

 PEMBANGUNAN PROJEK TERNAKAN
 
 
PENTERNAKAN RUMINAN

Pengenalan

Industri ternakan lembu di Negeri Kedah telah mengalami perkembangan yang positif. Namun begitu ianya masih tidak dapat memenuhi keperluan semasa penduduk di negeri ini yang turut meningkat dari masa ke semasa. Pengeluaran daging ruminan (lembu, kerbau, kambing dan biri-biri) terus berkembang tetapi pada kadar yang perlahan walaupun telah menggunakan pelbagai pendekatan seperti penternakan secara integrasi dengan perladangan tanaman getah dan sawit, aktiviti penternakan lembu fidlot secara komersil serta tindakan penggemukkan lembu untuk tujuan sembelihan. Perkembangan dan pembangunan industri hiliran yang berasaskan daging turut meningkat dan telah menyumbang kepada keperluan daging dalam negeri.


PENTERNAKAN LEMBU

Pengeluaran utama daging tempatan masih disumbangkan oleh penternak tradisional yang menjalankan aktiviti penternakan pada skala kecil. Penglibatan pihak swasta secara komersil masih ditahap yang rendah tetapi usaha dan promosi bagi menyakinkan pihak swasta telah dilaksanakan tetapi perlu dipergiatkan lagi agar kawasan estet kelapa sawit dapar dioptimakan penggunaannya. Banci ternakan 2007 menunjukkan Negeri Kedah memiliki sebanyak 87% daripada lembu pedaging tempatan daripada baka Kedah-Kelantan (KK). Baka KK mempunyai potensi genetik yang baik tetapi kadar pengeluarannya masih di tahap minima. Di antara punca utama pengeluarannya rendah disebabkan majoriti penternak tradisional tidak mengamalkan kaedah pengurusan yang baik tetapi hanya mengamalkan sistem penternakan secara lepas bebas dan aktiviti penternakan ini hanyalah sebagai aktiviti sampingan sahaja.

Dalam meningkatkan mutu baka tempatan pelbagai cara telah diperkenalkan seperti penggunaan baka import yang baik seperti baka lembu Brahman. Melalui kaedah ini prestasi lembu tempatan dapat dipertingkatkan. Teknik lain yang turut diperkenalkan adalah melalui cara permainan beradas ke atas lembu tempatan dengan baka import supaya boleh menghasilkan kadar tumbesaran yang lebih tinggi secara ”fidlot”.


PENTERNAKAN KAMBING

Baka kambing tempatan terkenal dengan nama kambing Katjang dan di Semenanjung Malaysia lebih 75% populasi kambing diternak oleh penternak tradisional / kecil. Sistem pemeliharaan yang diamalkan oleh penternak kecil ialah dengan secara ditambat dan lepas bebas. Sejajar dengan perkembangan semasa dan peningkatan industri ini semenjak tahun 2005, penglibatan penternak dalam aktiviti ini semakin ramai dan meliputi pihak swasta dan agensi yang berkaitan kerajaan dan badan berkanun seperti pihak RISDA, FELDA dan FELCRA. Penternakan dalam kuantiti yang banyak oleh pihak yang terbabit dilaksanakan secara intensif.


Industri Tenusu



Pengeluaran susu di Negeri Kedah telah meningkat 1.5% kepada 1.5 juta liter pada tahun 2004. Jumlah ini telah mencapai 75.59% imbangan dagangan (BOT) seperti yang disasarkan iaitu 1.98 juta liter. Pengeluaran susu dihasilkan melalui empat buah Pusat Perkhidmatan Industri tenusu (PPIT) di seluruh Negeri Kedah. Sebanyak 253,378.08 liter susu dikendalikan oleh PPIT dan 1,244,866.07 liter dijual sendiri oleh penternak. Di PPIT sebanyak 175,821.07 liter susu yang dikutip dipasarkan ke Kilang Dutch Lady Milk Industries. Selain itu disamping peningkatan pengeluaran, kualiti susu juga meingkat kepada 14.88% gred A dan 2.6% gred B. Seramai 85 orang penternak terdiri daripada 2 penternak komersil, 5 penternak semi komersil dan 78 penternak kecil didaftar pada tahun 2004 dengan populasi induk berjumlah 955 ekor. Purata induk yang diperah adalah 575 ekor.

Selain dari projek ternakan lembu tenusu, projek ternakan kerbau susu juga dilaksanakan di Negeri Kedah. Projek tradisional dan berskala kecil dilaksanakan di Daerah Kubang Pasu, Langkawi dan Kulim. Populasi kerbau susu sekitar 300 ekor dan menyumbang pengeluaran susu 500 liter sehari.


Industri Ayam

Industri penternakan ayam semakin berkembang pesat di negeri ini dengan pembukaan banyak ladang-ladang di sekitar awal tahun 2000. Sehingga kini jumlah ladang ayam yang terdapat Negeri Kedah adalah seperti berikut:-


Jumlah Ladang Ayam 2007

LADANG
AYAM
 AYAM
DAGING
 AYAM
TELOR
AYAM BAKA
DAGING
LOJI/RUMAH
SEMBELIH
 JUMLAH  236  13  19  26

Industri ini telah melepasi tahap sara diri negeri dan bekalan ayam dari Negeri Kedah ini telah dieksport ke negeri lain di Malaysia. Perkembangan yang positif daripada industri ini telah menyebabkan wujudnya indsutri hiliran lain yang berkaitan seperti indsutri penghasilan produk tambah nilai daripada daging ayam.


Industri Ternakan Babi Negeri Kedah


Industri penternakan babi hanya tertumpu di Daerah Kuala Muda dan melibatkan dua buah ladang sahaja. Kapasiti kedua-dua ladang tersebut adalah sebanyak 2500 ekor dan dari bilangan ini hanya sebanyak 400 ekor sahaja yang dapat dibekalkan untuk tujuan penyembelihan bulanan dan yang selebihnya (anggaran keperluan adalah 3500 ekor sebulan) dibawa masuk dari Negeri Pulau Pinang. Penternakan babai sekarang ini dijalankan secara sistem terbuka dan menimbulkan masalah pencemaran bau.

 
 
  ePerkhidmatan

Perkhidmatan Online
sistem online
sistem online

sistem online
sistem online
sistem online

sistem online
Single Sign-on

 
  Kod QR
  see also Promosi eKerajaan
 
  Carian / Quicklink
 
  Langgan Berita
 
  Info
Kemaskini pada 17-09-2014
Jumlah Hit : 1030804   (sejak Nov 2009)
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman 05503 Alor Setar, Kedah.
TEL: 04-7744000| FAX: 04-7744166| Emel: portal@kedah.gov.my
     rss
Paparan Terbaik dengan Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8 , Paparan Skrin 1024 x 768
Penafian || Dasar Privasi || Keselamatan || Maklumbalas / Komen
Hakcipta Terpelihara  Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
WCAG 2.0 (Level AA)